1. Ikhlas kerana Allah.
2. Mempunyai akal yg kuat, mempunyai hikmah, cerdik, berpengalaman,
mempunyai pandangan yg tajam, pembacaan yg luas, mampu mengetahui
pelbagai perkara dari pelbagai sudut.
3. Mempunyai sifat al-Hilm (tidak mudah marah), penyantun, rahmat &
lemah lembut.
4. Berani, ada maruah, tidak bacul & tidak membabi buta.
5. Mempunyai sifat As-Siddiq (benar di dlm segala kata, sikap &
perbuatan).
6. Tawadhu' (merendah diri), tidak bangga diri.
7. Memaafkan, menahan kemarahan dan ihsan kepada yg berbuat jahat
kepadanya.
8. Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.
9. Bersifat sabar.
10. Bersifat Al-'Iffah (suci hati, jiwa & amal) dan al-Kiram
(pemurah & tidak bakhil).
11. Wara' & zuhud.
12. Adil dan insaf walaupun terhadap dirinya.
13. Jauh dari al-Mannu (mengungkit) & memperkatakan kebaikan diri
sendiri (riya').
14. Memelihara perkara yg dimuliakan Allah (Hurumatillah).
15. Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yg mengumpat &
mengadudombakan di antara manusia (an-Namimah).
16. Keazaman, tawakkal & tidak ragu.
17. Sederhana (pertengahan) di dalam segala perkara.
18. Bertahan bersama al-haq tanpa kegoncangan & pantang larang.
19. Menjauhi sikap pessimistic atau terlalu optimistic.
Jalan Da'wah antara Qiyadah dan Jundiyah oleh al-Utz Mustafa Masyhur
rahmatullah 'alaih]
Sabtu, 17 November 2007
Fwd: Akhlaq & sifat-sifat yg perlu ada pada pemimpin
--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "Islah Gateway"