Memahami Konsep Murabbiy Dalam Diri Pendakwah
Fiqh Ad-Dakwah / Minda Madani
Konsep "Murabbiy" dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap
"muallim". Muallim bermaksuf pengajar, lebih menjurus kepada sorang
pengajar atau guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak
didiknya. Tetapi, konsep "Murabbiy" merujuk kepada Pendidik yang bukan
sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba
mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk
menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru, Murabbiy akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus
membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu,
tugas "Muallim" banyak berlegar di "akal" tetapi tugas Murabbiy
berlegar di "hati". Perumpamaan yang boleh diketengahkan di sini ialah
Muallim adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti
tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala Murabbiy adalah
diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan
mengadun dan membancuh tepung hingga berjaya dimasak menjadi
kuih/hidangan yang enak.
KONSEP MURABBIY DALAM GERAKAN
Dalam gerakan Islam khususnya gerakan pelajar seprti PKPIM, peranan
melahirkan kepimpinan bertaraf Murabbiy mempunyai siknifikasi dan
kepentingan besar terhadap gerakan dari aspek membangun kepimpinan
pelapis dan kaderisasi. Kegagalan melahirkan kepimpinan kampus mahupun
Jawatankuasa Pusat serta Badan Gabungan Negeri yang mempunyai
ciri-ciri Murabbiy boleh membawa kepada kepincangan Tanzim Haraki dan
menyebabkan berlakunya gejala penyakit;
a. kelesuan gerakan.
b. wujud "one man show" atau kepimpinan dikuasai oleh kelompok tertentu.
c. membawa kepada gejala kelesuan dan kegersangan ahli baru seterusnya
membatutkan perkembangan kaderisasi.
d. menjadikan sesuatu gerakan lebih bersifat "program oriented"
berbanding untuk menjadi gerakan yang "mission oriented".
e. akan wujud ahli-ahli yang gugur "mutasaqitun fi thoriqud dakwah"
f. menghadapi masalah penerusan kepimpinan. Akan wujudlah "vacuum"
dalam proses transisi; dan lain-lain hingga boleh membawa kepada
gejala keruntuhan jemaah/gerakan.
Justeru itu, kepimpinan bersifat "Murabbiy" adalah penting dan menjadi
teras terutamanya dalam gerakan dakwah pelajar. Suasana pelajar/
mahasiswa yang masih dalam proses "learning and education" atau masih
di peringkat Tarbiyah, amat memerlukan kehadiran "Murabbiy" sebagai
pembimbing atau pendidik kepada mereka.
Oleh yang demikian PKPIM mengambil langkah pro-aktif menginstitusikan
"Murabbiy" bagi setiap unit gabungannya bagi
memastikan dakwah Islamiyyah mengakar keumbinya.
CIRI-CIRI KEPIMPINAN /PENDAKWAH - Murabbiy
Asas pembinaan seorang "Murabbiy" berkait rapat dengan konsep
pembinaan Pendakwah. Berbicara tentang Dakwah dan Pendakwah dalam
Islam, semestinya elemen "Murabbiy" / pendidik tidak boleh dipisahkan.
Berikut dikemukakan beberapa pandangan tokoh dan ulama' dalam membinan
asas keperibadian unggul Pendakwah.
1. Buku : Gerakan Islam: Kepimpinan - Syura -Tarbiyah, Zawawi Ali dan
Mohammad Kamil Abdul Majid, menyatakan antara sifat-sifat Qiyadah
dalam membimbing Harakah masakini perlu berteraskan ciri-ciri dan
sifat kepimpinan Rasullullah s.a.w iaitu:
a. Keberanian dan keazaman yang kukuh.
b. Sabar dan berpendirian teguh - dalammengharungi segala rintangan,
ujian dan siksaan kaum Quraish terhadap dirinya.
c. Keadilan dan Persamaan - Rasulullah s.a.w seorang yang bersifat
adil dan mewujudkan persamaan contohnya Baginda turut sama dalam
melaksanakan pembinaan Masjid pertama di Madinah. Baginda juga turut
menggali Khanda / parit dalam peristiwa Ahzab.
d. Peribadi dan Watak yang Sempurna - keperibadian dan budipekerti
Rasulullah s.a.w amat meyakinkan.
Sheikh Fathi Yakan, Musyhkilatu da'wah wad-da'iyah menulis tentang
sifat-sifat pendakwah sepertimana berikut:
a. Kebersihan Jiwa dan Rohani
- perlu sentiasa ikhlas
- sentiasa mengingati Allah swt.
- Selalu memperbaiki ibadahnya, membanyakkan amalan sunat dan - tidak
meninggalkan tahajjud.
b. Kesihatan Badan dan Kekuatannya
-Menjaga kesihatannya kerana kepimpinan dan pendakwah penuh dengan
pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung dan tidak
henti-henti.
c. Keupayaan Akal dan Fikiran
- Pemimpin, fikiran dan mindanya haruslah terdiri dari pelbagai bahan
tidak hanya terhad kepada ilmu Islami sahaja tanpa mendalami ilmu-ilmu
lain.
- Berupaya juga menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu
pengetahuan dan maklumat yang sedia ada dengan menjadikan pengalaman
sebagai panduan berteraskan kepada Al-Quran & As-Sunnah.
Seterusnya beliau menambah bahawa ada beberapa sifat-sifat yang perlu
bagi Pimpinan:
a. Mengenali Dakwah - mengenali organisasi dan matlamat perjuangan
(ada hubungan)
b. Mengenali Jiwa - mengetahu kekuatan dan kelemahan yang ada pada
dirinya sendiri
c. Perhatian kepada ahli-ahli - mengambil tahu hal-ehwal pengikut.
d. Tauladan yang baik (al-Qudwatul Hasanah)
e. Pandangan yang tajam - tidak mempunyai sikap teragak-agak, kabur,
resah dan tidak tegas.
f. Kemahuan yang kuat
g. Daya Tarikan semulajadi
h. Optimisma
Sayyid Sabiq juga menyatakan berkenaan sifat pemimpin seperti berikut:
a. Seorang pemimpin itu mesti selalu membuat musyawarah dan jangan
membuat keputusan sendiri.
b.Hendaklah seorang pemimpin itu bersifat lemah-lembut dan pengasih
kepada pengikut-pengikutnya.
c. Dalam konteks melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar, hendaklah
pemimpin itu melarang ahli-ahlinya daripada melakukan maksiat.
d. Hendaklah seseorang pemimpin itu menghubungi pengikut-pengikutnya
dan mengetahui keperluan mereka.
e. Hendaklah pemimpin itu menyerahkan tugas-tugasnya bertepatan dengan
orang yang selayaknya.
REALITI KAMPUS & GERAKAN
Suasana generasi muda yang dihadapi oleh pendokong-pendokong gerakan
dan pendakwah kini amat mencabar kerana pengaruh besar globalisasi,
kesan-kesan negatif post-modernism disamping ancaman unsur-unsur
percubaan mengurangkan Imej Islam serta imej negatif "dakwah" yang
dijuruskan oleh barat sebagai Terrorisme. Generasi muda kini juga
lebih bersifat "metrialistik" dan tersadur dengan budaya "simplistic"
yang membawa kepada meluasnya budaya "hendonisme" sehinggga
menyebabkan hilang jatidiri dan merosakkan - jasmani, rohani, fizikal
dan mental. Wujud juga usaha-saha merobotkan Generasi muda dan
unsur-unsur tidak langsung yang bersikap melemahkan tahap
keintelektualan Mahasiswa. Disamping itu wujud tekanan-tekanan semasa
daripada pihak berautoriti.
Justeri itu, suasana kini, menjadikan suatu keperluan bagi mewujudkan
pendakwah / kepimpinan yang bersifat "Murabbiy" dengan melaksanakan
pendekatan Dakwah Bil-Hal dan bersabar serta berstrategi dalam bergerak.
Rasulullah tetap terus bersabar ketika berdakwah dan berdoa:
Ertinya : "Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana
sesungguhnya mereka tidak menegerti".
Dalam pengertian ini al-Iman Asy-Syahid Hassan al-Banna berkata:
"Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti pokok buah-buahan;
mereka membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka".
Renungan : Syair gubahan Abi Al-Aswad Addualy:-
"Wahai orang yang memberi pelajaran kepada orang lain, mulailah dari
dirimu sendiri hingga kau berilmu, Engkau memberi ubat kepada orang
sakit hingga baik, sedangkan kau sendiri berpenyakit; Maka mulaikah
denganmu, cegahlah dari kelalaian, jika selesai maka kaulah seorang
yang arif bijaksana; Pastilah orang akan mengikuti, jika engkau
mengajak dan menjalankan
apa yang engkau dakwahkan, dan menerima semua ajaran-ajaranmu;
Janganlah melarang perbuatan sedangkan engkau sendiri mengerjakannya,
aib besar bagimu jika kau lakukan itu."
http://www.abim.org.my/minda_madani/
--- End forwarded message ---