Sabtu, 17 November 2007

Fwd: PEJUANG-PEJUANG KEBENARAN ADALAH PENYELAMAT (Bah. 2)

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Nor hapiza Mohd Ariffin
<hapiza69@...> wrote:

Assalamualaikum saudara, saudari yang dihormati
sekelian semuga sentiasa di dalam rahmat dan keredhaan
Allah
Bismillahirrahmanirrahim.

Mari kira sambung lagi perbincangan yang bertajuk
Pejuang-Pejuang Kebenaran Adalah Penyelamat.

Jadi, tujuan perjuangan yang pertama iaitu hendak
selamatkan aqidah umat dari berTuhankan selain Allah
kepada orang berTuhankan Allah.Daripada orang takutkan
selain Allah kepada takutkan Allah.Daripada cintakan
selain Allah kepada cintakan Allah. Inilah yang
pertama dan utama.

Perjuangan kebenaran yang kedua, menyelamatkan akhirat
manusia.Daripada manusia yang cintakan dunia,
mengutamakan dunia, kepada yang utamakan akhirat dan
cintakan akhirat. Selepas Tuhan kempen dan promosi
sungguh-sungguh diri-Nya, Tuhan promosi pula
akhirat-Nya. Bagaimana hebat akhirat-Nya. Sama ada
tentang nikmatnya memang sangat hebat. Kalau kita baca
ayat-ayat Al Quran, diantaranya banyak menunjukkan
Tuhan mempromosikan akhirat daripada dunia. Diantara
yang Tuhan promosi, akhirat lebih utama, lebih baik
dan lebih kekal.Itu diantara yang Tuhan kempen supaya
orang utamakan akhirat dan cinta akhirat.

Tuhan memberitahu bahawa: selepas engkau hidup, engkau
akan dimatikan dan selepas itu engkau akan
dipersoalkan. Ada 4 tahap yang akan engkau lalui
iaitu:

1.Alam mati
2.Alam barzah
3.Alam padang masyar
4.Alam akhirat

Hingga Tuhan beritahu bahawa tidak ada harga dunia
ini. Dalam hadis Tuhan menceritakan dengan menggunakan
lidah Rasulullah, dunia dan segala isinya ini harganya
sama dengan sayap nyamuk.Hebatkah dunia itu? Kalau
seperti itulah harga dunia, Aku tidak berikan orang
kafir makan.Siapa yang engkar menentang, Aku takkan
beri makan. Tetapi kerana Aku pandang dunia ini tidak
sebesar sayap nyamuk pun harganya.Tuhan kempen betapa
hinanya dunia. Tidak ada nilainya dunia. Kalau ada
harga setimbang sayap nyamuk pun siaplah. Orang kafir
pun tidak akan diberi makan. Orang derhaka pun tidak
akan diberi makan kerana kederhakaannya. Tetapi kerana
dunia tidak ada harga disisi Allah, Tuhan kata
ambillah.Begitu Tuhan kempen hendak bandingkan dunia
dan akhirat. Tidak ada harga langsung dunia ini jika
dinisbahkan dengan akhirat. Hinggakan Tuhan beritahu,
bandingkan dunia dan akhirat macam kita hidup 1 jam
sahaja di dunia.
Katakan kita hidup di dunia selama 1000 tahun, di
akhirat rupanya hidup 1 jam sahaja di dunia. Kerana
satu jam hendak masuk neraka? Hidup 1 jam hendak
dipertahankan? Sampai kita derhaka dan lalai dengan
Tuhan? Hingga sanggup kekal abadi dalam neraka? Ini
manusia bodoh dan tidak boleh berfikir kerana
mempertahankan hidup satu jam. Itu kalau hidup 1000
tahun.
Selalunya kita hidup setakat 50 tahun jadi berapa jam
pula di akhirat? Mungkin 1 minit hidup. Begitulah
Tuhan kempen. Begitu orang-orang Tuhan kempen. Inilah
penyelamat. Sebab manusia telah cintakan dunia.
Besarkan dunia. Tidak besarkan akhirat. Cinta
lebih-lebih lagilah tidak.

Oleh kerana cinta dunia, sanggup bergaduh dan jatuh
menjatuhkan. Sanggup fitnah memfitnah.Kerana cinta
dunia, sanggup berpecah belah, hilang kawan dan bunuh
berbunuhan. Datang penyelamat dan datang
pejuang-pejuang Tuhan, hendak betulkan fikiran ini.
Daripada cinta dunia kepada akhirat. Daripada
mengutamakan dunia kepada mengutamakan akhirat. Begitu
kempen Tuhan. Begitu orang-orang Tuhan kempen. Tetapi
kebanyakan manusia dengar hujung-hujung telinga saja.
Tetapi bila disebut keindahan dunia, masuk semua akal,
hati dan nafsu. Oleh itu manusia yang mengutamakan
dunia dan cinta dunia, dunia sudah huru-hara. Bila
huru-hara, itulah neraka sebelum neraka.

Bagi pejuang-pejuang kebenaran, yang kedua ialah
hendak membuatkan manusia cintakan akhirat lebih dari
cintakan dunia. Begitu juga pejuang-pejuang kebenaran
sepanjang masa dan zaman, datang ke tangan umatnya,
kaumnya, puaknya dan masyarakatnya hendak
menyelamatkan huru-hara hidup kepada hidup selamat,
aman damai, berkasih sayang, bersatu padu, orang kaya
tolong orang miskin, yang miskin doakan orang kaya,
pemimpin menaungi dan rakyat pula taat, jiran
berbaik-baik macam satu keluarga. Seolah-olah jiran
pula keluarganya juga. Supaya aman damai rumahtangga.
Berkasih sayang sesama anak isteri. Supaya ekonomi
berjalan baik, politik berjalan dengan baik, maka
Tuhan datangkan penyelamat.
Tuhan datangkan penyelamat untuk membawa syariat
Tuhan, promosi Tuhan supaya s dengan syariat itu hidup
aman damai, kasih sayang, harmoni, bahagia kerana
syariat Tuhan saja boleh menyatukan orang,
menghidupkan kasih sayang, hidup bekerjasama, hormat
menghormati, berperikenausiaan, aman damai dalam
keluarga, aman damai dalam masyarakat dan dalam
kehidupan.
Jadi pejuang-pejuang kebenaran mempromosi syariat
suoaya syariat menjadi ilmu yang dihayati dan
diapplykan dalam kehidupan. Maka itulah jalan selamat
yang mana selama ini tidak selamat akan jadi selamat
setelah pejuang-pejuang kebenaran promosi Tuhan. Itu
yang ketiga. Tetapi adakah itu berlaku?
Kalau adapun sedikit sangat. Sebaliknya hendak
pejuangkan hudud. Hudud itu habuk daripada keseluruhan
syariat.((Saya(hapiza) nak mencelah sedikit kerana ini
agak sensitif pada sesetengah org, tetapi lapangkan
dada dan dengarlah suara hati untuk memahaminya ;
maksud di sini adalah : terlalu kecil jika
dibandingkan dengan keseluruhan syariat, ini supaya
kita pandai meletakkan mana yang lebih prioriti dari
yg kurang prioriti)). Padahal syariat itu khazanah,
himpunan ilmu dan merupakan peraturan, disiplin hidup
dan sistem hidup. Kalau diamalkan manusia boleh buat
syurga sebelum syurga yang hakiki. Inilah penyelamat.
Penyelamat yang telah membuatkan manusia daripada
huru-hara kepada aman damai dan berkasih sayang. Jadi
kena promosi Tuhan sepanjang masa.

Begitu juga, pejuang-pejuang kebenaran sepanjang masa
datang menyelamatkan umat tentang akhlak. Daripada
akhlak yang jahat kepada akhlak yang baik.Daripada
akhlak yang hina kepada akhlak yang mulia. Daripada
akhlak yang setaraf dengan haiwan kepada akhlak yang
bertaraf malaikat. Inilah tugas pejuang-pejuang
kebenaran sepanjang zaman. Menguruskan akhlak manusia,
daripada bakhil kepada pemurah. daripada sombong
kepada tawadhuk. Daripada ingin glamour kepada
menghinakan diri kepada Allah. Daripada rasa benci dan
suka perjudis dengan manusia datang rasa kasih sayang.
Inilah penyelamat iaitu tahap keempat. Soal-soal lain
seperti makan minum, tempat tinggal atau pakaian,
Tuhan tidak ambil pusing sangat.
Bahkan soal-soal ini, kadang-kadang Tuhan katakan
contohnya, seorang itu miskin, jadi kalau penyelamat,
tunjukklah jalan untuk kaya.Tetapi kadang-kadang Tuhan
kata sabarlah.
Tentang hal yang remeh-temeh, Tuhan bukan suruh
perjuangkan supaya jadi kaya tetapi Tuhan kata
sabarlah.
Contohnya kalau sakit, bukankan teruk?Sepatutnya
perjuangkan Hospital atau Tuhan suruh orang-orang-Nya
perjuangkan kesihatan. Sebaliknya apa yang Tuhan pesan
kepada orang-orang-Nya ialah sakit itu pahala, Tuhan
redha dan Tuhan sayang. Sakit itu kerana Tuhan hendak
tinggikan darjat di syurga.
Jelas bahawa hal yang remeh-temeh Tuhan tidak suruh
tukar. Yang awal tadi mesti ditukarkan. Disuruh
promosikan sungguh-sungguh, terbalikkan betul-betul,
dari atas kebawah, dari bawah ke atas.Tetapi yang
remeh-temeh, Tuhan suruh sabar. Kalau sakit, sabarlah
kerana itu tanda Tuhan sayang. Miskin pula dikatakan
kasih sayang. Mana ada perjuangan begini? Berapa
banyak parti Islam diseluruh dunia, yang mereka hendak
selesaikan ialah makan minum.

Kata mereka, kalau kami berkuasa, kami hendak berusaha
kayakan orang. Kalau kami berkuasa kami hendak
selesaikan hidup orang. Apa maksud itu semua? Benda
yang remeh temeh yang diperjuangkan. Mana dunia tidak
haru-biru? Macam mana tidak jadi neraka dunia? Jelas
disini yang perkara utama dilupakan. Kalau
memperjuangkan ideologi, itu kita tidak fikirkan
kerana mereka menempah neraka. Memang mereka fikirkan
dunia semata-mata. Yang kita persoalkan ialah yang
memperjuangkan Islam. Sama saja dengan orang ideologi
berjuang. Yang diperjuangkan adalah makan minum,
tempat tingal dan benda yang remeh temeh, itu yang
dibesar-besarkan.

Jadi pejuang-pejuang kebenaran memperjuangkan 4
perkara iaitu:
1Aqidah
2.Akhirat
3.Syariat
4.Akhlak

Kalau ada orang yang hendak marah bila
pejuang-kebenaran kebenaran mempromosikan Tuhan, itu
adalah Firaun atau Namrud akhir zaman. Hakikatnya
pejuang kebenaran adalah orang Tuhan yang hendak
menyelamatkan manusia.

Cukup dulu kali ini, segala yang baik itu datangnya
dari Allah dan segala kekurangan adalah dari kelemahan
dari saya sendiri.

Sekian. Wabihi wallahualam.