Selasa, 06 November 2007

Fwd: Help Palestine [hidayahnet] Sahih Bukhari - Jilid 2 - Bab membetulkan saf ketika iqomat dan selepas daripadnya.


membetulkan saf ketika iqomat dan selepas daripadanya http://alkhatab2/. tripod.com/

Salam,

Istilah dalam ilmu hadith

Dalam ilmu hadith, ada beberapa istilah yang dipakai oleh ulama hadith
yang tidak akan kita faham kecuali kita melihat kepada huraian mereka.

Sebagai contoh istilah "hadith diriwayatkan oleh as Sab`ah", apakah
maksud istilah ini? As Sab`ah ertinya tujuh. Jadi, bila disebut hadith
ini diriwayatkan oleh as-Sab`ah, maknanya hadith ini diriwayatkan oleh
tujuh orang. Tujuh orang di sini merujuk kepada tujuh orang ulama
hadith. Jadi timbul persoalan, siapakah tujuh orang itu? Maka di
sinilah perlunya kita mengetahui istilah yang diguna-pakai oleh ulama
hadith.

Istilah yang akan cuba kita fahami

Di antara istilah yang akan kerap kali dijumpai ialah seperti berikut:
Hadith diriwayatkan oleh as sab`ah, atau hadith ini diriwayatkan oleh
as sittah, atau hadith ini diriwayatkan oleh al khamsah, atau hadith
ini diriwayatkan oleh al arba`ah, atau hadith ini diriwayatkan oleh
ats tsalatsah. Inilah di antara istilah-istilah yang akan kita jumpa
apabila kita mula mempelajari ilmu hadith. Maka di sini akan
diterangkan apakah maksud istilah-istilah ini semua dengan satu
persatu.

Istilah tujuh orang (as sab`ah)

Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh as sab`ah (tujuh orang),
maka maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibnu
Hanbal, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam
an Nasa`i dan Imam Ibnu Majah. Inilah maksudnya apabila disebut hadith
riwayat as sab`ah (tujuh orang), dan susunan nama-nama imam hadith ini
disusun mengikut susunan para ulama hadith.

Istilah enam orang (as sittah)

Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh as sittah (enam orang),
maka maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam
Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam an Nasa`i dan Imam Ibnu
Majah. Inilah maksudnya apabila disebut hadith riwayat as sittah (enam
orang).

Istilah lima orang (al khamsah)

Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh al khamsah ( lima orang),
maka maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad ibnu
Hanbal, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam an Nasa`i dan Imam Ibnu
Majah. Inilah maksudnya apabila disebut hadith riwayat al khamsah (
lima orang).

Istilah empat orang (al arba`ah)

Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh al arba`ah (empat orang),
maka maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam
Tirmizi, Imam an Nasa`i dan Imam Ibnu Majah. Inilah maksudnya apabila
disebut hadith riwayat al arba`ah (empat orang).

Istilah tiga orang (ats tsalatsah)

Apabila disebut hadith ini diriwayatkan oleh ats tsalatsah (tiga
orang), maka maksudnya ialah hadith ini diriwayatkan oleh Imam Abu
Daud, Imam Tirmizi dan Imam an Nasa`i. Inilah maksudnya apabila
disebut hadith riwayat ats tsalatsah (tiga orang).

Istilah hadith riwayat Bukhari dan Muslim – maka maksudnya ialah
hadith ini disebut dalam sahih Bukhari dan sahih Muslim dengan
matannya yang sama, namun para perawi lain-lain.

Istilah muttafaqun alaih – maksudnya kedua-dua Imam Bukhari dan Imam
Muslim meriwayatkan hadith ini dengan matan dan para perawinya yang
sama.

Sahih Bukhari
Jilid 2

Bab membetulkan saf ketika iqomat dan selepas daripadanya.

Dari Nu`man bin Basyir mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w berkata :
"Hendaklah kamu meluruskan saf kamu atau kalau tidak, Allah swt akan
membalik-balikkan wajah kamu menjadikan bertentangan antara satu sama
lain."

Dari hadith ini, kita tengok bagaimana Nabi s.a.w sebagai imam,
baginda akan perbetulkan dulu saf. Tapi apa yang kita tengok hari ini,
kebanyakan imam cuai dalam hal ini. Dia naik jadi imam, dia tak kalih
dah, tak peduli langsung saf makmum di belakang, tak seru langsung
suruh rapatkan saf dan penuhi ruang-ruang kosong.

Sebab itu hari ini kita tengok walaupun sama-sama ke masjid, tapi
sering kedengaran berlakunya pergaduhan antara jawatankuasa dengan
anak qariah. Inilah trend masjid di akhir zaman . Sebahagian yang
pergi masjid bukan atas dasar keikhlasan, tapi ada kepentingan
tertentu. Sebab itu kita lihat ada yang datang ke masjid ketika hari
mesyuarat agong sahaja.

Orang Islam dah berpecah di banyak tempat, jadi jangan bagi mereka
berpecah juga di dalam masjid. Lantikan di masjid jangan kira parti,
kalau seseorang itu berpotensi memakmurkan masjid, lantik dia. Tapi
hari ini yang menjadi masalah ialah perlantikan jawatankuasa masjid
tidak lagi dilantik seratus peratus oleh anak-anak qariah. Apabila
anak-anak qariah buat mesyuarat agong dan melantik jawatan-kuasa
masjid, pejabat agama boleh campurtangan menggunakan kuasa vetonya
untuk membatal perlantikan tersebut sekiranya tidak menepati citarasa
mereka. Dengan kuasa itu juga, pejabat agama memberi mandat kepada
jkkk untuk melantik jawatankuasa masjid pilihan mereka. Sebab itu
tidak hairan kalau kaki ganja, kaki judi, kaki rasuah, kaki songlap
duit boleh jadi jawatankuasa masjid hari ini.

Puak-puak ni bukan kaki mai masjid, apatah lagi nak jadi imam solat.
Jadi, bila masuk waktu solat, imam lantikan jkkk tak datang, apa
salahnya imam lantikan anak-anak qariah naik jadi imam? Walaupun
jawatan imam lantikan anak-anak qariah telah dilucut, dia tetap pi
masjid macam biasa. Jemaah semua suka dia jadi imam. Jadi salahkah dia
naik jadi imam? Tapi apa yang berlaku, apabila dia pi jadi imam, dia
pula didakwa. Ni apa cerita ni tuan-tuan? Jadi hari ini, imam kalau
takdak apa yang disebut sebagai "tauliah", jangan pandai-pandai nak pi
depan jadi imam, silap haribulan boleh kena cekup.

Bab berdepan dengan sesama Islam, pejabat agama memang hebat. Tapi
kalau berdepan dengan kuffar, jadi menikus pula dia. Ingat tak lagi
kes Moorthy? Info yang diterima dari pihak lawyer, pada hari kes itu
dibicarakan, yang dilihat hanya seorang sahaja dari pejabat agama yang
hadir, yang lainnya penuh dengan hindu. Tapi kalau bab masjid, siap
polis escort. Ini yang membuatkan orangramai keciwa dengan pentadbiran
urusan orang Islam hari ini. Kalau nak jumpa dengan ustaz dari pejabat
agama bukan senang. Tujuh kali buat appointment pun, belum tentu lagi
boleh jumpa. Sebab itu kita dengar ada kes talak tangguh sampai 15
tahun, tak settle-settle lagi. Kalau beginilah sikap ustaz-ustaz dari
pejabat agama, rasanya, senang lagi jumpa MB Kelantan. Celah remban
ayam belakang rumah MB saja kami buat sessi fotografi. Tak payah buat
apa-apa appointment pun.

Allahu`alam.