Faham sekular telah memisahkan hamba-hamba dengan
TuhanNya
Sekalipun dia pelajar agama
Walaupun percaya dengan adanya Tuhan
Tapi tidak kenal Tuhan siapa sebenarnya Tuhan
Apa peranan Tuhan
Mereka tidak tahu apa perlunya kepda Tuhan
Kalaupun mereka tahu bahawa Tuhan itu hanya mengazab
dan menghukum
Mereka tidak tahu bahawa Tuhan itu Maha Pemurah,
Maha Berkuasa, Penjaga dan Pelindung
Meraka tidak faham bahawa Tuhan itu Pemimpin
Idola yang patut ditakuti, disembah, dicintai dan
disanjung
Bahkan mereka tidak faham bahawa Tuhan itu adalah
Rafiqul `Ala
Kawan sejati yang sangat setia serta membela
Mereka tidak faham bahawa Tuhan itu adalah
segala-galanya
Kalaulah mereka faham siapa sebenarnya Tuhan
Meraka akan jadikan Tuhan sebagai kawan
Kawan yang dicintai, disanjung dan dipuja
Mereka rasa perlu dan bahagia bersama Tuhan
Tuhan akan dibawa ke mana-mana
Tuhan akan dibawa di waktu rehat
Diwaktu susah dan senang
Diwaktu bermukim dan bermusafir
Diwaktu tidur dan baring
Diwaktu sibuk dan bekerja
Hinggakan rasa berTuhan tidak lekang dari jiwa
Dimasa yang sama rasa kehambaan begitu subur di dalam
hatinya.