Dalam sebulan usahakan 3 orang baru untuk solat berjemaah. Setelah
mereka sedia solat berjemaah, usahakan mereka membina 'downline'
mereka dengan merekrut 3 orang baru yang lain untuk solat berjemaah
dalam bulan berikutnya. Sementara anda cari lagi 3 orang baru untuk
solat berjemaah.
Maka keuntungan anda dalam 3 bulan;
Bulan 1; 1(anda) + (1 x 3) = 4
Bulan 2; 3(downline baru anda) + (3 x 3) = 12
Bulan 3; 3(downline baru anda) + (3 x 3) + (12 x 3) = 48
Keuntungan dalam 3 bulan pertama = 64 orang solat berjemaah x 5 waktu solat.
Bayangkan amalan ni jika berterusan hingga hari kiamat!
Mafhum firman Allah dalam Surah As-Saf ayat:10-11 :
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak
terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, Serta
kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda
dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika
kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).
azharjaafar