Sabtu, 17 November 2007

Fwd: APAKAH ITU JUMHUR ULAMA?

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "alta_galaxy"

1. Konsep Ijma' Fuqaha'/Ulamak

Ijma' maksudnya ialah konsensus (dipersetujui sebulat suara).
Misalnya konsensus dalam Parlimen dan enakmen itu diluluskan
sebulatsuara ahli Dewan rakyat.

Ijma' Ulama' bermaksud konsensus kesemua para mujtahid yang hidup
pada satu angkatan. Sekurang-kurangnya ia memerlukan minima dua
orang mujtahid (ulamak pakar) pada satu-satu zaman. Misalnya:

1. Ijma' ahlil Madinah (konsensus kesemua penduduk Medina)
2. Ijma' Khulafa' arrasyidin (konsensus 4 orang: Abu Bakar, Umar ,
Uthman dan Ali, kesemuanya RA)
3. Ijma' sahabat (kesemua sahabat baginda yakni konsensus)

Mujtahid ialah pakar (sekarang ialah tarafnya Professor kelulusan
phD) dan kepakaran, kewibawaan, keilmuan dan kesarjanaannya
diperakui oleh ummah seluruhnya. Untuk satu-satu period, mungkin
tidak ramai bilangannya. Mereka ini termasuk dalam kelas mujtahid
mutlak.

2. Bagaimana ijma' boleh berlaku zaman dahulu?

Ijma' berlaku di zaman silam bila soalan atau permasalahan yang sama
diajukan kepada mujtahid tersebut dan jika jawapan-jawapan mereka di
dapati sama, maka itulah ijma'; misalnya persoalan zaman dulu,
tentang wajibkan zakat yang tidak cukup nisab?

Maka orang ramai membandingkan jawapan mujtahid di Iraq, seorang
lagi di Syam, seorang lagi di Mesir, seorang lagi di Hijaz. Jika
empat mujtahid ini dianggap kepala ulamak untuk zaman itu memberi
jawapan yang sama, maka itulah ijma' ulama'.

3. Bagaimana ijma' masih boleh berlaku zaman kita?

Ini menjadi lebih mudah kerana sentiasa dianjurkan persidangan feqah
sedunia dan dihadiri oleh mujtahid terkemuka dan dibahaskan. Atau
pada masa akan datang secara video-conferencing, maka lebih mudah
lagilah. Misalnya ijtima' ulamak di Jeddah pada tahun 80'an
memutuskan ijma' ulamak mengharuskan derma darah. Juga ijma' ulamak
ke atas haramnya dadah.

Rujukan:
1. Abd Wahab Khalaf, Usyul Fiqh
2. Prof Syaikh Ali Hasan Ahmad adDary, al Fawaid al Miham
3. Imam Jalaludin asSyuyuti, al Asybah wanNaza-ir

sumber : http://www.keunggulanislam.co.uk/

--- End forwarded message ---