Senin, 12 November 2007

Fwd: Surat Dari Iblis

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Noorhazima Ahmad Hussain


Baca & renungkanlah....Moga dapat dijadikan panduan
untuk kita memperbaiki diri kita...


Hai manusia yang tersayang, tadi malam waktu akan
tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak
berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini
bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu
untuk tidak membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau
tidak membuang masa.

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan
solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan
bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah
engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidur.
Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan
suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari
tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih
dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku
seperti puteri kayangan.


Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini
bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan
tidak meninggikan bil air rumahmu. Aku lihat engkau
tak pernah membaca Bismillah sebelum makan. Ini
bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila
sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut
Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa
kuat-kuat seperti lembu.

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.
Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau
memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat
bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang duit
dan tak membazirkan rezekimu yang melempah-ruah yang
diberikan . Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah
rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk
menonton wayang, berholiday di Genting
dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,
engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau
mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana
engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam
orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak
perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini
bukan bahasa antarabangsa.

Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah
sahabat sejati. Tentu engkau adalah seorang yang
budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engkau dan
aku dapat berjalan bersama-sama .... kita
berpegang-tangan menuju Neraka Jahannam!!!

Sahabatmu Yang Tercinta,
Iblis