Senin, 12 November 2007

Fwd: BAJA MUJAHADAH

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "Islah Gateway"

Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak
hawa
nafsu." Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang
mujahid
(iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya
kerana
Allah." Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya
melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut
kehendak
Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan
seseorang akan
mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak
peribadi.
Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan
hamba
kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah
daripada
kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.
Oleh
itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang
sukar
serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan
sanggup
melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn
Mubarak
berkata, 'Jika cintamu !
benar,
kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup
mentaati sesuatu'."

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada
akhirat
serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam.
Kepercayaan
ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan
sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal
abadi.
Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, "Saya berpendapat,
salah
satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari
ini
ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka
pendek
dan melupakan kepentingan jangka panjang." Mereka yang bermujahadah
sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka
panjang.
Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan
masa
depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan
oleh
Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Aku (Allah) telah sediakan bagi
hambaKu
yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah
didengari oleh telinga dan tidak pern!
ah
dirasai oleh hati manusia."

Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir,
Said Hawa
berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil
daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik
permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk
melawan hawa
nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal
tentang
jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan
banyak
bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak
bersolat
bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."

Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa
daripada
Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69, "Mereka
yang
bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan
Kami akan
Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." Berhubung dengan ayat
ini
Imam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu
yang
diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum
diketahui." Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk
mencari
ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal." Junaid
Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat,
Allah
akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn
Abbas
pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan,
Allah akan
tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."

Baru-baru ini pada tahun 2003, kita di kejutkan dengan kenyataan yang
di
buat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan gelaran
Datuk.
Beliau mendedahkan ada penerima anugerah Datuk memperolehi darjah
kebesaran
itu setelah memberi habuan wang ringgit kepada orang-orang tertentu.
Selepas
wang ribuan ringgit, mungkin puluhan ribu ringgit diberikan, jadilah
mereka
'tokoh masyarakat' yang bergelar Datuk. Penyakit gila pangkat dan
gelaran
seperti ini boleh dirawat dan terapi yang paling sesuai baginya ialah
terapi
mujahadah.

Dr. Danial bin Zainal Abidin,
Kolumnis Majalah i (terbitan Karangkraf),